Nuffnang Gadget

May 26, 2017

Makanan Sebelum Puasa ...

Nampak sangat dalah galeri penuh gambar makanan...
risau pulak nak share esok sebab dah puasa...
So, Qekra share harini lah yer...
Gambar makanan sebelum puasa hehe...

-- Kacang Phool. Ni en hasben beli dia tau Kacang Phool ni feveret isteri dia. Kacang Phool ni femes di Johor kan --

-- sarapan pagi yang aling ringkas. Roti titap. Tapi roti titap Qekra simple jer. Sapu roti dengan mentega, bakar atas pan sekejap. Lepas tu pecahkan telor separuh masuk atasnya. Kena pulak dengan Min kaffe --

-- Gulai Ikan Keli dan Peria Katak. Amboi, sedap pulak tengok walau sendiri yang masak haha. Bulan puasa nanti salah 1 menu lauk Qekra ni --



-- Set Nasi Tomato. Kebetulan ada tetamu yang nak berkunjung ke rumah. Qekra Masak Nasi Tomato bersama Ayam Masak Merah, Sayur Camppur dan Papadom --

Ok, itu jerlah.
Selamat berpuasa yer korang smua esok ;)


Salam Ramadan Dari Qekra...


Nama saya SYA’BAN, saya ingin mengingatkan bahawa jiran saya RAMADHAN akan datang menemui anda tidak lama lagi, bersama isterinya REZEKI dan 2 orang anaknya, SAHUR & IFTAR.

Mereka ditemani 3 cucunya, RAHMAT, KEAMPUNAN & BARAKAH. Mereka akan pulang selepas 30 hari dengan pesawat AIDILFITRI airlines.

Hargai mereka dan anda mendapat KEMENANGAN, KEBERKATAN & BERSYUKUR.

Marhaban ya Ramadhan.
Mohon maaf salah dan silap yang sengaja dan tidak disengajakan.
Notakaki Qekra : Semoga Ramadan kali ini mengukuhkan lagi ukhwah antara kita. Amin.

Copyright © 2011-2016 Reserved to MyAlycia's
Copyright 2007 - 2016 © MyAlycia :: Best viewed in Google Chrome
Design by Azhafizah.Com